Dipetik daripada Jakim

 

UNTA NABI SOLEH A.S

DIBUNUH OLEH KAUMNYA

oleh. Farah Hanan

Kembali ke artikel

Nabi Soleh a.s telah diutuskan oleh Allah S.W.T kepada kaumnya yang bernama Tsamud. Kaum in! tidak menyembah Allah S.W.T. Sebaliknya mereka menyembah berhala.

Nabi Soleh a.s telah menyeru kaumnya supaya menyembah Allah S.W,T dan meninggalkan berhala-berhala yang tidak berkuasa itu. Namun demikian seruan dan ajakan Nabi Soleh a.s tidak diterima oleh kaumnya. Sebaliknya mereka mencabar Nabi Soleh a.s agar mengemukakan bukti kenabiannya.

 

Nabi Soleh a.s setuju dengan syarat mereka hendaklah berhenti menyembah nenek moyang mereka dan kembali ke jalan yang benar. Syarat yang dikemukakan oleh Nobi Soleh a.s itu dipersetujui oleh kaumnya. Mereka menyangka sudah tentulah Nabi Soleh a.s tidak berupaya mengemukakan bukti tersebut.

 

Nabi Soleh a.s berdoa kepada Allah S.W.T agar memberinya mukjizat untuk membuktikan kebenaran seruannya. Permohonan Nabi Soleh a.s dimakbulkan oleh Allah S.W.T dengan mengeluarkan seekor unta betina dari sebuah batu besar. Sambil menunjuk ke arah unta tersebut, Nabi Soleh a.s berkata kepada kaumnya:

"Inilah bukti yang kamu minta tentang kebenaran seruan dan ajaranku. Allah S.W.T telah menunjukkan kekuasaan-Nya seperti mana yang kamu saksikan Janganlah ganggu unta ini biarlah dia bebas mencari makan di atas muka bumi allah ini." '

 

Walaupun Nabi Soleh a.s telah menunaikan syaratnya, namun begitu kaumnya masih enggan menepati janji yang telah mereka buat. Sebaliknya mereka terus kufur malah ada di antara mereka merancang untuk membunuh unta tersebut.

 

Jika rancangan mereka ini berjaya, mereka akan menghebohkan unta betina yang keluar dari celah batu itu hanyalah perbuatan sihir Nabi Soleh a.s semata-mata. Akhirnya unta betina yang tidak berdosa itu dibunuh oleh mereka.

Dengan angkuh dan sombong mereka berkata kepada Nabi Soleh a,s. 'Wahai Soleh, untamu telah kami bunuh . Sekarang datangkan azab seperti yang kamu katakan itu jika kamu orang yang benar?'

  • Nabi Soleh a.s dengan tenang menjawab, "Aku telah memberi peringatan kepada kamu agar jangan mengganggu unta itu.Tetapi kamu degil dan membunuhnya. Tunggulah azab dari Allah yang akan diturunkan dalam masa tiga hari. '
  • Tujuan Nabi Soleh a.s memberi tempoh tiga hari itu adalah untuk memberi kesempatan kepada

    mereka kembali beriman kepada Allah S.W.T. Belum pun cukup tempoh tiga hari, sekali lagi mereko datang berjumpa dengan nabi Soleh a.s.

     

    Dengan nada mengejek mereka berkata, "Hai Soleh! Cepatlah turunkan azab yang engkau janjikan itu.'

  • Nabi Soleh a.s tetap bersabar dan menjawab,

    'Wahal kaumkul Mengapakah kamu minta supaya dicepatkan siksa? Kenapa kamu tidak minta ampun kepada Allah?'

  • Sesungguhnya kesesatan mereka telah melampaui batas. Kali ini mereka merancang untuk membunuh Nabi Soleh a.s pula. Mereka berpendapat jika Nabi Soleh a.s dibunuh, azab yang dijanjikan itu tidak akan turun.

     

    Akan tetapi Allah S.W,T itu Maha Berkuasa dan sentiasa melindungi hamba-Nya. Rancangan mereka gagal kerana Allah S.W.T telah mengugurkan batu-batu besar yang menimpa dan membunuh mereka.

     

    Seperti yang telah dijanjikan, Allah S.W.T telah menurunkan azab kepada kaum Tsamud berupa sambaran petir yang amat luar biasa. Demikianlah balasan kaum yang kufur dan sombong terhadap kekuasaan Allah S.W.T sehinggakan mereka ditimpa azab yang amat dahsyat.

    Sementarci Nabi Soleh a.s bersama pengikutnya yang beriman dikatakan telah berangkat meninggalkan al-Hijr sehari sebelum turunnya azab menuju ke Ramallah iaitu sebuah tempat di Palestin.

    Kembali ke atas