Dipetik daripada arkib masalah agama Jakim
Soalan: Semasa
pertunangan,barang hantaran yang diberi kepada perempuan telah
dihalalkan dan apabila terputusnya pertunangan diminta balik.
Adakah wajib diberikannya semula?
Jawapan: Tidak wajib dihantar balik kerana telah dihalalkan oleh
tuannya sendiri. Tuannya tidak boleh menarik balik di atas
perkara yang diberi dan diterima.
Soalan Apakah hukumnya
seseorang lelaki meminang seorang perempuan yang masih dalam
iddah?
Jawapan Seseorang lelaki yang meminang seorang perempuan yang
masih dalam iddah atau meminang seseorang perempuan yang telah
dipinang orang hukumnya adalah haram. Ini berdasarkan kepada
firman Allah S.W.T. yang bermaksud: "Dan tidaklah salah bagi
kamu tentang apa yang kamu bayangkan (meminang secara sindiran),
untuk meminang peremtuan-perempuan (yang kematian suami dan masih
dalam iddah)." (Surah al-Baqarah: 235) Oleh itu, wanita
iddah talaq raj'ei haram dipinang dan harus jika dilakukan secara
sindiran berdasarkan ayat di atas.
Soalan: Saya mahu
bernikah dengan seorang pemuda. Adakah boleh saya berdoa untuk
dia pinang saya?
Jawapan: Boleh untuk kebaikan dua pihak.