Dipetik daripada arkib soal jawab Jakim
Soalan
Apakah hukumnya menjadi seorang pelukis dan lapangan
tersebut dijadikan mata pencarian dalam hidupnya. Bolehkah
ustaz jelaskan dari hukum syarak
Jawapan
Seseorang yang menjadikan sebagai profesionnya adalah harus
selama dia tidak membuat lukisan yang bercanggah dengan
norma-norma Islam. Melukis pemandangan keindahan alam,
membuat pelan rumah, bangunan,jambatan, jalan raya dan sebagainya
yang diharuskan oleh syara' maka hukumnya adalah harus dan boleh
menjadi satu jalan untuk mencari mata pencarian. Tetapi
sekiranya dia melukis sesuatu dalam bentuk manusia atau sesuatu
yang mengghairahkan nafsu syahwat manusia maka hukumnya haram.
Dalam hal ini para ularna' membahagikan lukisan itu kepada dua
jenis:
Huraiannya:
1. Ulama' bersepakat mengatakan lukisan patung berbentuk lembaga
dan mempunyai bayang adalah haram. Ini berpandukan hadith
Rasulullah s.a.w. daripada Ibnu Umar r.a. yang bermaksud:
Orang-orang yang membuat gambar-gambar
akan diazab pada hari qiamat, dan dikatakan kepada mereka:
Hidupkanlah apa yang kamu yang buat itu.
2. Lukisan biasa tanpa berlembaga dan berbayang ulama pun
berselisih pendapat :
Golongan Syafi'iyyah memberi 2 pendapat:
a) Pendapat yang pertama, membuat gambar haiwan sama ada
digantung di dinding atau pada pakaian yang dipakai atau pada
serban dan seumpamanya yang tidak menghina atau menghinakannya
seperti hamatau di kusyen kerusi adalah haram.
Mereka berdalil daripada kata Sayyidatina Aisyah yang bermaksud:
Rasulullah s.a.w. telah datang dalam
satu pelayaran dan saya telah menutupi pintu dengan bulu
permaidani yang ada padanya gambar binatang yang bersayap lalu
baginda memerintah saya membuang maka saya pun membuangnya.
b) Pendapat yang kedua, melukis gambar untuk tujuan perhiasan
semata-mata adalah harus.
Ulama' Hanifiah tidak membezakan hukumnya sama ada
gambar itu terpotong kepalanya atau tidak.
Ulama' Malikiah dan Hambaliah, mereka membezakan antara
gambar-garnbar sempurna anggotanya dengan gambar yang tidak
sempurna anggotanya. Mereka mengatakan yang sempurna
anggotanya hukumnya makrub dan yang terpotong anggotanya tidak
makruh. Mereka bersandarkan hadith daripada Ibnu Abbas r.a.
Sabda Rasulullah s.aw. yang berrnaksud:
"Gambar itu merangkumi kepala,
sekiranya dipotong kepala maka tidaklah dinamakan gambar."
Soalan
Apakah hukum KEBIRI kepada seseorang lelaki kerana tujuan
seperti yang tersebut di bawah:
a) Untuk menenangkan jiwa dengan tujuan senang beribadat
b) Menghilangkan nafsu syahwat terhadap wanita.
Jawapan
Hukum KEBIRI kepada seorang lelaki adalah seperti berikut:-
i) Dalam masalah untuk menenangkan jiwa supaya senang beribadat
kepada Allah bukanlah dengan jalan KEBIRI kerana KEBIRI
diharuskan kepada haiwan sahaja supaya menambah gemuk badannya
dan banyak dagingnya tetapi kepada manusia khususnya orang-orang
Islam adalah haram berbuat demikian.
Ularna' feqah telah mengatakan bahawa untuk menenangkan beribadat
kepada Allah kerana mereka ahli ibadat, disunatkan berpuasa
supaya melemahkan nafsu syahwatnya terhadap golongan wanita
tetapi haram memakan kapur barus supaya mati alatnya (zakarnya)
dan makruh jika untuk melemahkan syahwat.
Di dalarn Bujairim ada mengatakan bahawa hukum berkahwin ada lima perkara:
Jadi dalam masalah di atas melakukan KEBIRI semata-mata kerana
hendak beribadat adalah bertentangan dengan sunnah Allah yang
menjadikan manusia berlainan jenis iaitu lelaki dan perempuan
berpasangan supaya melahirkan zuriat keturunan yang ramai di
permukaan bumi seperti firman Allah yang bermaksud:
Dan yang menjadikan daripadanya
(Adam) isteri (Hawa) dan telah membiakkan daripada keduanya
(zuriat keturunan) yang ramai terdiri dari lelaki dan wanita
(zuriat)
Sabda Rasulullah s.aw. yang bermaksud:
Berkahwinlah kamu dengan
perempuan-perempuan yang beranak lagi mempunyai kasih sayang
kerana sesungguhnya aku bermegah dengan kamu umat yang banyak di
hari qiamat.
Banyak dalil yang menunjukkan disuruh berkahwin supaya terhindar
daripada perkara-perkara maksiat dan derhaka kerana dengan
perkahwinan itu manusia akan terlepas daripada terjerumus ke
lembah pelacuran dan zina.
Dalam konteks ini Rasulullah s.a.w. sendiri telah menegah Uthman
bin Madz'un yang ingin membujang kerana mahu menumpukan dirinya
penuh untuk beribadat sebagaimana terdapat di dalam sebuah hadith
daripada Saad bin Abi Waqas katanya Rasulullah s.a.w. telah
bersabda yang bermaksud:
Rasulullah s.a.w. telah menolak hasrat
Uthman bin Madz'un hendak membujang selama-lamanya, dan kalau
sekiranya telah diizinkan baginya nescaya telah berKEBIRI (kerana
hendak melakukan ibadat).
ii) Bagi ahli ibadat untuk menghilangkan nafsu syahwatnya
terhadap golongan wanita hendaklah ia berpuasa. Di dalam
keadaan demikian maka beribadat itu lebih afdhal daripada
berkahwin berdasarkan kepada Imam al Nawawi tidak pernah
berkahwin dan beliau sepanjang hari berpuasa. Tetapi jika
sekiranya tuan bukan ahli ibadat maka berkahwin itu lebih afdal
untuk melahirkan zuriat keturunan yang ramai sebagaimana terdapat
pada hadthi di atas.
Di dalam hubungan ini Rasulullah s.aw. ada bersabda yang
bermaksud:
Sembahyang orang yang berkahwin itu lebih Afdhal daripada
sembahyang orang bujang sebanyak 75 kali ganda.
Soalan
Apakah hukum seseorang Islam yang menyertai sesuatu
peraduan seperti peraduan teka bola dan lain-lain yang dianjurkan
oleh suratkhabar dan majalah?
Jawapan
Menyertai sesuatu peraduan seperti peraduan teka bola atau lain
peraduan yang tidak ada unsur-unsur perjudian atau maksiat harus
hukumnya.
Soalan
Benarkah memaparkan gambar-gambar besar di dinding rumah
bersalahan di sisi agama Islam?
Jawapan
Memaparkan garnbar-gambar besar di dinding rumah memang
bersalahan di sisi Islam malah haram hukumnya jika gambar yang
dipapar itu seperti:
a) Gambar-gambar lucah lelaki atau perempuan;
b) Gambar-gambar yang boleh menaikkan nafsu syahwat.
Tetapi sebabnya tidaklah bersalahan jika gambaar yang dipaparkan
itu seperti:
a) Peta
b) Pelan-pelan bangunan dan lain-lain.
Dalam sebuah hadith yang diriwayat daripada Aisyah, Rasulullah
s.a.w. bersabda. yang bermaksud bahawa Nabi s.a.w. tidak
membiarkan sesuatu yang ada gambar kecuali dipecahkan.
Di dalam Jawahir al-Bukhari ada dijelaskan bahawa Nabi s.aw. apabila melihat sesuatu yang ada gambar maka beliau memecahkan dan merobohkannya. Rumah-rumah yang terdapat gambar-gambar di dalamnya menurut pandangan ulama' adalah seperti berikut:
Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang menggambarkan sesuatu
gambar yang bernyawa di dunia maka ia dituntut pada hari qiamat
meniupkan roh ke dalamnya sedang ia bukanlah seorang peniup
roh".
Soalan
Bagaimanakah hendak dihukum bagi seorang anak yang bukan
Islam dijadikan anak angkat oleh orang Islam tetapi meninggal
dunia sebelum ia baligh. Adakah wajib ditanam kubur Islam
juga
Jawapan
Menurut qaul (pendapat) yang muktamad tidak sah Islam kanak-kanak
itu melainkan apabila ia dilatih sembahyang dan menunaikan
fardhu-fardhu sehingga ia baligh. Apabila ia telah baligh
dan mengucap dua kalimah syahadah jadilah ia orang Islam dengan
tidak ada khilaf (perselisihan pendapat) antara ulama'.
Jika ia mati sebelum baligh menurut qaul (pendapat) yang muktamad
tidaklah harus mayatnya itu disembahyangkan. Menurut al-Syeikh
Ibn Hajar dalam kitab al-Tuhfah serta disokong oleh satu jamaah
daripada ulama' mengatakan sah Islamnya sebelum baligh sesudah
mumayyiz. Dalam masalah hendak mengkebumikannya di kubur
orang-orang Islam adalah tidak boleh bahkan hendaklah diasingkan
sedikit dari perkuburan orang Islam tetapi ulama' Muhaqqiqin dan
Imam Ahmad bin Hanbal berkata: "kalau anak-anak itu sampai
umur sembilan tahun dan ia bersifat Islam maka boleh dimandikan,
dikapankan,disembahyangkan dan dikebumikan dalam perkuburan
orang-orang Islam".
Soalan
Seseorang yang memakan babi adakah pakaian yang dipakainya
itu hukumnya najis?
Jawapan
Tidak najis kerana badan pemakan babi tidak najis, yang najisnya
ialah zat babi itu sendiri.
Soalan
Apakah syarat-syarat menjadi adik beradik susuan?
Jawapan
Syaratnya hendaklah menyusukan sampai 3 kali kenyang tetapi untuk
mengambil Ihtiat mengikut pendapat yang kuat ialah 5 kali menyusu
hingga kenyang.
Soalan
Apakah hukum memakai tali pinggang yang diperbuat daripada
kulit babi dan cara menyamaknya
Jawapan
Hukumnya hararn kerana kulit babi tidak boleh disamak.
Soalan
Adakah daging aqiqah boleh diberi makan kepada orang bukan
Islam
Jawapan
Tidak boleh kerana aqiqah ialah qurban atau ibadah sedangkan
orang kafir bukan ahli ibadah.
Soalan
Apakah hukum lelaki yang memakai emas
Jawapan
Hukumnya haram.
Soalan
Bolehkah kita membaca ayat-ayat suci al-Quran di hadapan
jenazah
Jawapan
Harus, bahkan setengah ulama' mengatakan sunat membaca ayat-ayat
suci al-Quran dengan diniatkan supaya disampaikan Allah pahala
bacaan ayat-ayat itu kepada roh si mati. Pembacaan itu
dibolehkan sama ada di hadapannya atau tidak.
Soalan
Bolehkah atau tidak kita mengikut pendapat dari mazhab lain
(selain dari mazhab Syafie)
Jawapan
Seseorang itu dibolehkan bertaqlid kepada mazhab lain dengan
syarat ia tidak bertujuan hendak mencari kesenangan semata-mata
serta hendaklah tahu syarat wajib dalam perkara yang ditaqlidkan
mengikut mazhab itu.
Soalan
Saya sedang mengandung anak pertama. Adakah wajib
saya membuat kenduri melenggang perut dan adakah berdosa jika
saya enggan melakukannya?
Jawapan
Amalan melenggang perut sama ada anak pertama atau seterusnya
seperti yang dilakukan oleh sesetengah masyarakat Melayu tidak
wujud dalam Islam. Mempercayai sesuatu bencana akan berlaku
sekiranya tidak dilakukan amalan melenggang perut adalah suatu
perkara karut dan tidak berasas sama sekali dan adalah lebih baik
jika ia tidak dilakukan.
Soalan
Adakah dianggap syirik mempercayai amalan ancak, memuja
pantai, tempat keramat dan membuat patung bagi mengubat orang
sakit. Apakah yang patut saya lakukan jika amalan tersebut
berlaku ditempat saya
Jawapan
Islam menganjurkan pemeluknya agar meminta dan memohon semua
perkara daripada Allah S.W.T. sahaja. Meminta sesuatu
selain daripada Allah adalah dilarang sama sekali dan boleh
membawa kepada syirik. Allah yang mencipta segala-galanya
sama ada di langit atau di bumi dan Dialah yang Maha
Berkuasa. Barang siapa yang mengetahui adanya
mereka yang menyeleweng daripada agama Islam hendaklah dilaporkan
kepada pihak Jabatan Agarna Islam yang berhampiran supaya
tindakan boleh diambil.
Soalan
Apakah erti Hari Qiamat
Jawapan
Hari Qiamat hari semua makhluk dan alam ini akan musnah.
Selepas itu manusia akan dibangkitkan semula untuk menerima
balasan baik buruk di atas amalan dan perbuatan yang telah mereka
lakukan di dunia ini.
Soalan
Apakah pandangan tuan dengan amalan jampi serapah yang
menggunakan ayat-ayat suci al-Quran
Jawapan
Memohon kepada Allah S.W.T. untuk menyembuhkan penyakit melalui
doa-doa atau ayat-ayat al-Quran tidaklah dilarang di dalam Islam.
Soalan
Benarkah pendapat yang mengatakan bahawa seseorang yang
mengamalkan amalan-amalan yang bukan dari hadith Nabi dan
al-Quran dari umat Nabi Muhammad sa.w. adalah sesat
Jawapan
Memang benar pendapat yang mengatakan bahawa seseorang
mengamalkan amalan-amalan yang bukan dari hadith nabi dan
al-Quran adalah sesat dan dilarang oleh Islam.
Soalan
Setiap bulan suami saya sekeluarga akan berkumpul
beramai-ramai untuk memanggil orang bunian bagi memurahkan
rezeki, panjang umur, memberi nombor ekordan sebagainya.
Bagaimanakah pendapat tuan dalam hal ini
Jawapan
Islam menganjurkan umat meminta dan memohon semua perkara
daripada Allah S.W.T. Inilah yang dikatakan doa. Meminta
sesuatu selain daripada Allah adalah dilarang sama-sekali malah
boleh membawa syirik. Allah menciptakan segala-galanya sama
ada di langit dan di bumi dan Dialah yang Maha Berkuasa. Allah
yang menjadikan manusia dan Dialah menentukan rezeki setiap anak
Adam. Memohon rezeki selain daripada Allah adalah salah di
sisi Islam. Di samping itu Islam menuntut umatnya berusaha
untuk mendapatkan rezeki yang halal. Di dalam al-Quran
Allah berfirman yang bermaksud: Berdoalah kamu kepada Aku nescaya
Aku akan perkenankan doa kamu.
Soalan
Apakah hukumnya memuja patung
Jawapan
Memuja patung yang berupa lembaga manusia atau binatang sama ada
secara berseorang atau beramai-ramai adalah perbuatan syirik dan
berdosa besar dalam Islam.
Soalan
Adakah Allah menerima taubat mereka yang pernah mengaku
untuk keluar dari agama Islam
Jawapan
Pengakuan keluar dari agama Islam bererti murtad, terkeluar dari
Islam tidak boleh bertaubat kecuali dia mengucap dua kalimah
syahadat serta bertaubat tidak mahu mengulangi lagi perbuatan
tersebut di samping mengharapkan keampunan dari Allah jua.
Soalan
Adakah benar wujudnya amalan yang dinamakan 'fidyah' yang
dilakukan semasa kematian. Tujuannya ialah untuk
menggugurkan sebahagian dari dosa si mati ataupun menokok tambah
amalan pahalanya. Caranya ialah dengan mengumpulkan
barang-barang kemas yang diketuai oleh seorang untuk diedarkan.
Contohnya: Si A terima barang-barang tersebut sebagai sedekah dan
disedekahkan pula kepada si B dan begitu seterusnya.
Jawapan
Amalan fidyah seperti soalan tuan itu tidak wujud di dalam mazhab
Syafie tetapi setengah masyarakat kita melakukannya kerana mereka
bertaqlid kepada satu pendapat yang lemah dalam mazhab Hambali
yang mengharuskan berbuat demikian dengan syarat emas itu
hendaklah disedekahkan kepada orang yang berkenaan.
Soalan
Benarkah pendapat yang mengatakan bahawa kononnya terdapat
tujuh nama syaitan di dalam surah al-Fatihah
Jawapan
Ya, memang benar tetapi itu satu pendapat sahaja yang mengatakan
nama ibu sekalian iblis dan itu bukan sebagai satu pegangan di
dalam Islam kerana ia tidak dibicarakan di dalam kitab Fiqh dan
kitab Tauhid.
Soalan
Adakah bercanggah dari segi tauhid jika membesarkan atau
menggaraukan suara ketika menyebut firman Allah
Jawapan
Menggaraukan suara bukan dari sudut aqidah dan hukumnya adalah
tidak mengapa kerana tujuannya hanyalah untuk membezakan bacaan
sahaja.
Soalan
Apakah jin itu terdiri dari jasad dan roh
Jawapan
Jin tidak mempunyai jasad yang kasar seperti manusia kerana ia
dijadikan daripada api yakni jisim yang halus dan boleh
menyerupai berbagai-bagai rupa.
Soalan
Apakah hukum menilik nasib
Jawapan
Menilik nasib termasuk dalam kategori dosa-dosa besar dan wajib
bertaubat.
Soalan
Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan murtad
Jawapan
Murtad menurut takrif ulama'-ulama' Islam ialah berbalik menjadi
kafir setelah Islam (keluar dari agama Islam).
Soalan
Apakah hukum tidak menunaikan sumpah
Jawapan
Tuan dikehendaki membayar kifarat sumpah iaitu salah satu
daripada berikut:
a) Memerdekakan hamba; atau
b) Memberi makan kepada 10 orang fakir miskin; atau
c) Berpuasa 3 hari tidak wajib berturut.
Soalan
Di pertengahan doa biasanya diberhentikan untuk al-Fatihah.
Soalannya,selalunya orang-orang lslam di negara ini akan
menjatuhkan tangan ketika al-Fatihah dibacakan, apakah perbuatan
ini dibolehkan
Jawapan
Memang benar dipertengahan dua doa orang menjatuhkan tangan
kerana semasa membaca al-Fatihah bukan di namakan doa walaupun
dalam fatihah itu ada mengandungi doa dan disunatkan mengangkat
tangan ketika membaca doa sahaja.
Soalan
Apakah yang dikatakan makhluk halus
Jawapan
Makhluk Allah terdiri dari beberapa jenis. Antaranya:
a) Manusia;
b) Malaikat;
c) Jin;
d) Binatang;
e) Kayu kayan dan batu batan.
Berkemungkinan bahawa apa yang dikatakan makhluk halus itu adalah
terdiri dari golongan jin dan syaitan.
Kembali ke atas