Masalah kelewatan makan sahur dan aqiqah

Dipetik daripada al-Ahkam online [cyberfeqh]

Kembali ke artikel

Bersahur ketika azan berkumandang Assalamualaikum... Saya jangka sudah tiada soalan, tapi dengan kuasa Allah s.w.t., kemusykilan ini datang di fikiran. Apakah sah puasa seseorang itu sekiranya dia meneruskan makan sahur walaupun orang telah azan subuh; dan apakah sah puasa itu sekiranya orang itu bangun lewat, semasa azan tengah berkumandang, dia makan sahur sehingga azan habis, dia masih makan..... Terima kasih.... wassallam. Jawab Alhamdulillah inilah jawapan yang dipohon: Firman Allah Taala: "...Dan makan dan minumlah hingga nyata garis putih dari garis hitam daripada fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sehingga malam." (Al-Baqarah, 187) Mula berpuasa ialah apabila `nyata garis putih dari garis hitam '. Ia bermaksud fajar (masuk subuh).

Masalah: Apakah sah puasa seseorang itu sekiranya dia meneruskan makan sahur walaupun orang telah azan subuh? Jawab: Tidak sah, kerana masih makan ketika atau setelah terbit fajar. Masalah: Apakah sah puasa itu sekiranya orang itu bangun lewat, semasa azan tengah berkumandang, dia makan sahur sehingga azan habis, dia masih makan..... Jawab: Juga tidak sah. Sekian. Wallahu a'lam. Rujukan: Feqhus Sunnah, sayid sabiq.

Bolehkah beraqiqah selepas sunnah?

Madzhab Syafi'iy meringankan dalam hal ini kerana terlalu banyak pendapat. Pendapat yang mengatakan tiada aqiqah lagi selepas 21 hari adalah pendapat kaum sunnah tulin (yang sangat tekun mengikuti sunnah Nabi saw); manakala pendapat fuqaha' Syafi'iy mengambil kira perkembangan semasa umat Islam yang berbedza kemampuan dan kefahaman mereka. Pertama: aqeeqah ialah sunnat mu'akkadah, ini bermakna jika buat, amat dipuji oleh syara'; jika gagal melakukan ia tidaklah dicela oleh syara'. Kedua: majoriti fuqaha' Syafi'iy (Syaikh Ibn Hajar, Tuhfah) berpendapat waktu aqeeqah ialah sebelum baligh. ketiga: Majoriti ulama' berpendapat aqeeqah pada hari ke tujuh, ke 14 dan ke 21 itu adalah waktu aqeeqah prime-time (ikhtiari) yang paling afdhal, jika bayi dan ibunya bersalin dalam keadaan normal. Namun pendapat Syafi'iyah mengambil kira keadaan bayi dan ibu, bagaimana jika bayi mengalami komplikasi dan berada dalam inkubator selama satu bulan, sudah tentu pendapat Syafi'iy lebih releven. keempat: oleh itu jalan tengah, siapa yang berkemampuan dan bayi dalam keadaan normal, jika tiada halangan kesibukan tugas dan kerjaya, maka waktu prime-time (yang paling afdhal) ialah hari ketujuh, atau ke 14 tau 21. Manakala bagi yang mengalami kesulitan, komplikasi dan banyak kos yang perlu ditanggung untuk bil rawatan hospital, maka lakukan sebelum bayi itu baligh. Dalil hadis dalam hal ini ialah: Dari Samurah (HR Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah, Nasaiy dan Daruquthny) "setiap bayi yang dilahirkan tergadai* dengan aqeeqahnya disembelih pada hari ketujuh dan dicukur rambutnya dan diberi nama." * tergadai = terlepas tanggungjawab ibubapanya Maksud hari ketujuh dalam hadis di atas (menurut fuqaha' Syafi'iy) sebagai yang paling afdhal atau waktu prime-time. Nabi tidak pernah menyebut sesiapa yang gagal berbuat demikian,maka derhakalah dia dan aqeeqahnya tidak akan diterima. Sebab itulah ulama' mengeluarkan pendapat masih boleh dilakukan sebelum bayi itu akil baligh. Rujukan: Syaikh Ibn Hajar, Tuhfah.

Kembali ke atas