Kelewatan qadha` puasa

Dipetik daripada al-ahkam online

Kembali ke artikel

Masalah: Kelewatan qadha' puasa hingga datang Ramadhan berikutnya -

Fatwa al-Qardhawi Dr. Yusof al-Qardhawi mengatakan bahawa sebahagian imam berpendapat dalam kes ini diwajibkan mengqadha' puasa berkenaan dan membayar fidyah satu mud untuk setiap hari puasa yang ditinggalkan. Satu mud bersamaan dengan setengah kilogram lebih sedikit. Katanya, inilah mazhab Syafi'i dan Hanbali yang berdasarkan kepada amalan sejumlah sahabat. Manakala sebahagian para imam yang lain tidak mewajibkan fidyah. namun qadhak tetap wajib dilaksanakan.

Masalah: Pendapat yang perlu diikut Al-Qardhawi mengatakan bahawa memberi fidyah adalah satu amalan yang baik, tetapi jika tidak membayarnya insyaallah tidak ada dosa atasnya. Ini adalah kerana tidak ada satupun riwayat yang sahih mengenainya dari Nabi s.a.w. Kami berpendapat, kita di Malaysia ini, tidak ada salahnya kita beramal dengan mazhab Syafi'i, iaitu membayar fidyah atas kelewatan qadha' puasa. Masalah: Ragu-ragu tentang jumlah puasa yang ditinggalkan Hendaklah mengikut dugaannya yang lebih kuat dan yang lebih diyakininya. Namun, untuk menenangkan hatinya dan agar seseorang itu selamat dalam agamanya serta bebas dari tanggungan, maka hendaklah dia menentukan jumlah yang lebih banyak. Kerana ini akan mendapat tambahan pahala dan ganjaran.

Sekian, wallahu a'lam. Rujukan: Mughnil Muhtaj, vol.
\1, al-Khatib al-Syarbini Bujairimi Alal Khatib, vol. 2, al-Bujairimi I'anah al-Thalibin, vol 2, al-Syatha Fatawa Muashirah, vol 1, al-Qardhawi Bidayatul Mujtahid, vol. 1, Ibnu Rusyd

 

Kembali ke atas