Dipetik daripada Jakim

PEDOMAN

 

ZIARAH DI HARI RAYA

OLEH : ABU AMIR IKHWANUDDIN

 

Kembali ke artikel

HARI Raya adalah di antara harii-hari kebesaran umat Islam. Ada dua hari raya dalam Islam iaitu Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Qurban. Hari Raya Aidilfitri disambut pada 1 Syawal, setelah umat Islam menjalani ibadat puasa selama sebulan di bulan Ramadhan. Sementara Hari Raya Qurban pula disambut pada 10 Zulhijjah setiap tahun, sempena umat Islam menunaikan ibadat haji di Makkatul Mukaramah.

 

Sebelum menyambut hari raya, umat Islam dikehendaki berpuasa selama sebulan. Ibadah puasa dilakukan dengan sempurna sebagai menunaikan perintah Allah. Allah menjanjikan kepada orang yang berpuasa dengan sempurna akan mendapat ganjaran yang berlipat ganda dariNya. Dii samping itu ibadah puasa juga dapat membentuk seseorang menjadi orang yang bertakwa kepada Allah. Sifat orang bertaqwa ialah melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya. Orang yang bertaqwa disukai Allah dan masyarakat.

 

Agama Islam mengajar umatnya supaya menyambut hari raya dengan cara tertentu. Ini bertujuan supaya hari raya benar-benar bermakna kepada umat Islam. Cara terbaik menyambut hari raya dengan sederhana tetapi meriah.

 

Pada pagi hari raya sebelum pergi ke masjid untuk sembahyang hari raya anak-anak di kehendaki bermaafan –maafan dengan ahli keluarga.

 

Setelah selesai sembahyang hari raya program ziarah boleh dimulakan. Antara rumah yang perlu diziarah seperti rumah saudara mara, guru-guru, kawan-kawan dan jiran tetangga.

 

Tujuan ziarah tersebut untuk meminta maaf serta mengeratkan silaturahim antara sesama Iislam. Semasa menziarah orang-orang tua, anak-anak perlu menjaga adap sopan iaitu perlu menghormati mereka. Sekiranya diberikan hadiah atau wang, ucapkan terima kasih. Ucapan tersebut sebagai penghargaan, walaupun jumlahnya sedikit.

 

Sekirranya ada kelapangan, digalakkan menziarahi tanah perkuburan. Tujuan menziarahi tersebut untuk mengingat manusia bahawa mereka juga akan mati dan kubur akan menjadi kediaman mereka selepas itu. Semasa menziarah kubur perlu menjaga adab-adabnya iaitu tidak membuat bising atau mengganggu batu-batu nisan atau apa-apa yang ada di kubur.

 

Dengan adanya program ziarah di hari rraya, kemeriahannya akan lebih terasa. Apa yang penting, hari raya perlu disambut dengan cara yang dibenarkan oleh Islam. Dengan demikian hari tersebut amat bermakna kepada semua.

Kembali ke atas