mumaiyiz

Kedudukan kanak-kanak ketika mumaiyiz

Dipetik daripada al-ahkam [cyberfeqh]

Kembali ke artikel

 

Kedudukan kanak-kanak mumayyiz ketika solat berjamaah ariff anfield wrote:

Assalamualaikum, Diharap dapat bantuan drpd ustadz berkenaan anak yang baru berumur enam/lima tahun dan sudah berkhatan tetapi sudah pandai beristinjak,mengaji dan berwudhuk serta menunaikan sembahyangnya dgn tertib apabila sembahyang jemaah bersama dgn ayahnya dimasjid.Apakah anak itu boleh merosakan sembahyang jemaah yg lain jika kedudukannya dipertengahan saf lebih-lebih lagi pada waktu solat Jumaat. Sekian wassalaam.

Jawab: Kanak-kanak itu sudah mencapai mumayyiz. Kanak-kanak mumaiyyiz boleh diletak di antara orang dewasa dan mereka tidak memutuskan saf. Ini adalah pendapat Imam Ibn Taymiyah (Majmu' Fatawa) dan Fatwa Syaikh Darsy (UK dan sudah almarhum). Namun yang terbaik menurut sunnah asysyarif ialah meletakkan kanak-kanak mumaiyyiz bersama mereka di saf khas kanak-kanak yg ditentukan oleh mesjid yaitu di belakang saf dewasa dan di hadapan kaum wanita. Inilah uruf (kebiasaan) di mesjid-mesjid jami' (mesjid tauliah Juma'at) di Malaysia. Kesimpulan: menurut hukum yang lebih kuat, kanak-kanak mumaiyyiz tidak memutuskan saf, namun adalah lebih baik ditempatkan disaf kanak-kanak kerana ia lebih hampir kepada sunnah dan uruf. sekian thtl Free Advertising from

aL-AHKAMonlineoleh:

Kembali ke artikel