Bimbingan untuk anak-anak

 

Kembali ke artikel

Dipetik daripada Seminar Keibubapaan Bersama Ustaz Hassan Mahmud Al-Hafiz

1. Taat kedua ibu bapa dalam semua perkara kecuali yang maksiat {derhaka} kepada Allah dan Rasul.

2.Bertutur dengan mereka dengan lemah lembut dan beradab.

3.Berdiri apabila kedua ibu bapa masuk atau mendapatkannya.

4.Mencium tangan keduanya pada waktu pagi dan petang atau pada waktu-waktu lain yang munasabah.

5.Sentiasa menjaga kehormatan dan harta keduanya dalam perkara apa perkara sekalipun.

8.Mendoakan dan memohon keampunan mereka.

9.Sekiranya mereka didatangi tetamu ,hendaklah anak -anak duduk di pintu , sentiasa memerhati keduanya kalau-kalau mereka memberi isyarat supaya mengambil sesuatu dengan diam-diam{tidak diketahui oleh tetamu}.

10.Melakukan kerja-kerja yang menyenangkan hati keduanya , walaupun mereka tidak menyuruhnya.

11.Tidak meninggikan suara sama ada di belakang mereka atau di hadapan di hadapan mereka.

12.Tidak memotong perbualan mereka .

13.Tidak keluar rumah daripada izin keduanya.

14.Tidak melakukan sesuatu yang boleh memeranjatkan atau mengejutkan mereka ketika tidur.

15.Tidak lebih memuliakan isteri dan anak-anak daripada keduanya.

16.Tidak menghina keduanya jika mereka melakukan kerja-kerja yang tidak menyenangkan .

17.Tidak ketawa berdekah-dekah di hadapan mereka.

18.Tidak memakan makanan yang dihidangkan untuk keduanya.

19.Tidak memanjangkan tangan untuk mencapai makanan di hadapan mereka .

20.Tidak tidur atau berbaring , sementara ibu bapa sedang duduk melainkan mendapat keizinan daripada keduanya.

21.Tidak memanjangkan kaki di hadapan mereka.

22.Tidak masuk sebelum mereka masuk , dan tidak berjalan di hadapan mereka.

23.Menjawab panggilan keduanya dengan seberapa segera yang boleh.

24.Memuliakan sahabat-sahabat baik mereka baik ketika hidup atau setelah meninggal dunia.

25.Tidak bersahabat atau bergaul dengan orang-orang yang tidak taat dan derhaka kepada ibu bapa mereka.

26.Selalu mengucapkan doa kepada keduanya terutama sekali jika keduanya telah meninggal dunia sebagaimana firman Allah di dalam Al-Quran:"Tuhanku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka telah mendidik aku semasa kecil".

Kembali ke atas