bergaul

PERMASALAHAN FIQH

Pergaulan dalam islam

Dipetik daripada al-ahkam on-line [Cyberfeqh]

Kembali ke artikel

Saya tengah mencari dalil-dalil dari Quran,hadith dan seerah yang berkaitan dengan pergaulan dan batas-batas yang dibenarkan dalam Islam, ie termasuk pergaulan secara sosial juga dalam bidang kerja. Diharap netters yang arif dapat membantu saya. Kalau boleh saya memerlukan jawapan dalam sehari dua ini juga. Jazakumullah khairan katheera.

Jawapan kita: 1. Pergaulan dalam Islam Pertama: istilah pergaulan atau dalam bahasa Arabnya 'ikhtilat' yang membawa maksud pergaulan atau percampuran antara wanita dan lelaki adalah terminologi yang baru diperkenalkan dalam Islam. Istilah pergaulan atau percampuran atau Ikhtilat adalah membawa konotasi dan makna yang tidak sesuai dengan Islam. Istilah yang tepat ialah Liqa' (pertemuan) atau musyarakah (penyertaan) di antara lelaki danamp; wanita. Ia sepatutnya berbunyi: Batas pertemuan atau penyertaan antara lelaki dan wanita.

Dalam hal ini ada tiga senario yang dihadapi oleh umat Islam:
1.Aliran Barat/Sekuler yang mahukan wanita dan lelaki bercampur-gaul semaksima mungkin;
2.Aliran keTimuran yang diwarnai Islam tradisi yang mempunyai tafsiran tersendiri bagaimana seharusnya batas pergaulan antara jantina.
3.Aliran kejumudan: di mana dalam banyak masyarakat Islam abad ini, wanitanya terpenjara dan dinafikan hak-hak mereka yang sudah dijelaskan dalam al Qur'an. Ketiga-tiga pandangan ini adalah pandangan yang sudah pasti mempunyai banyak kelemahan dan mendatangkan banyak masalah kepada umat Islam.

Model penyertaan lelaki dan wanita : ialah Rasulullah saw dan masyarakat yang dibentuknya yang dipanggil masyarakat madani qur'ani. Daripada jendela masyarakat madani itu kita dapati:
1.Wanita turut serta solat berjama'ah dan solat Jum'at dalam masjid yang tidak bertirai atau benteng;
2.Wanita turut serta solat hari raya
3.Iktikaf pada 10 malam terakhir Ramadhan
4.Wanita turut serta bersama lelaki dalam majlis-majlis ilmu dan berebut dengan lelaki memajukan soalan-soalan kepada baginda.
5.Mereka turut serta di medan perang; Ummu Atiyah turut serta dalam 7 medan pertempuran; Riwayat Imam Ahmad, terdapat satu ketumbukan khas wanita ketika tentera Islam mengepung kota Khaibar; tugas utama tentera wanita ialah mengumpul panah, memberi rawatan, memberi motivasi, dan sebainya.
6.Wanita juga terlibat secara aktif dalam penyibaran dakwah sama gagah dengan lelaki; Ummu Haram bersama suaminya Ubadah telah belayar ke Cyprus dan kuburnya ada di Cyprus.
7.Wanita juga bertindak sebagai agen amar makruf nahy mungkar: seorang wanita telah membantah tindakan Umar al Khattab yang ingin menggubal enakmen untuk menghadkan kadar mahar; lalu Umar menarik balik cadangannya itu; Asy Syifa' bte Adawiyah adalah muhtasibah (ketua penguatkuasa pasar Medina) mari kita lihat batasan Liqa (pertemuan) antara wanita dan lelaki di zaman sebelum RasuluLlah saw;
i.Zaman Musa AS (lihat ayat 23-26 al Qosos); Musa berbual-bual dengan dua orang anak dara Syu'aib; Musa akhirnya membantu mereka memberi minum ternakannya;
ii.Maryam dan Zakariya sering mengunjungi maryam di mihrabnya (lihat Ali Imran:37)
iii.Perbualan antara Sulaiman AS dan ratu Balqis al Yemeni (anNaml: 42-43) Kesimpulan dan hukum Liqa (pertemuan) antara lelaki dan wanita)

1.Hukum asal: harus
2.Ia adalah dituntut jika untuk tujuan menuntut ilmu, menjayakan dakwah dan tarbiyah, jihad, atau apa saja yang memerlukan penggembilan tenaga antara wanita dan lelaki.
3.Liqa' itu memenuhi adab-adab Islam seperti mana yang digariskan oleh syara'
i.menjaga pandangan (lihat Nur: 30-31)
ii.memakai pakaian yang menutup aurat(Nur:31)
iii.Adab bercakap: jauhi nada menggoda (ahzab:32)
iv.adab berjalan, tertib dan sopan (Nur:31)
v.adab bila melakukan gerakan; jauhi gerakan yang seksi, manja dan ghairah..
vi.jauhi daripada mengguna sebarang unsur yang menggoda: make-up dan wangian yang bermotifkan untuk menggoda. vii.jauhi bersunyi-sunyian tanpa ada muhrim viii.Liqa' dalam perkara yang benar-benar perlu.

BERURUSAN DENGAN ORANG KAFIR

Pernah terfikir di dalam hati tentang hal ini, tetapi tidak tahu pula apakah jawapannya.... Di dalam kehidupan kita sehari-harian, kita tidak boleh lari daripada berurusan dengan orang-orang Kafir (NauzbLMZL) seperti di pejabat, di kedai runcit, jiran sebelah dan sebagainya. Bila telah kerap berjumpa dengan orang Kafir ini, mereka menjadi kawan dan telah juga baik dengan kita. Tiba-tiba pada minggu ini si kafir A telah mati, minggu depan si Kafir B pula mati, minggu satu lagi si Kafir C pula telah mati. si A, B dan C ini merupakan kenalan baik kita di pejabat dan kita tidak pernahpun membuka cerita tentang Islam kepada mereka apatah lagi berdakwah kepada mereka. Adakah pada hari penghisaban nanti kita akan dipersoalkan tentang ini??? wassalam.

Jawab: 2 Billion manusia masih menyembah berhala 2 bilion manusia menganut Kristian 1 bilion muslim masih jahil akan agamanya 0.5 bilion tidak beragama.... Inilah tugas berat yang dipikul oleh jurudakwah. Kita semua akan disoal oleh Allah sesuai dengan kemampuan kita. Soalan Allah itu akan meliputi semua aspek termasuk kerja dakwah kita. Dakwah adalah kerja organisasi; jika organisasi dakwah itu semakin besar dan semakin kuat ia sudah boleh menubuhkan jabatan-jabatan khas yang akan berdakwah untuk bukan Islam. Sebagai individu yang prihatin kepada dakwah, apa yang anda lakukan itu dinamakan dakwah fardhiah (dakwah dalam konteks individu); berbuat ihsan kepada teman sepejabat yang bukan Islam itu juga adalah dakwah. Dakwah tidak semestinya dengan lisan; melakukan secara praktik bahwa Islam itu baik, bertegur sapa, menziarahi bila ia sakit, bertukar hadiah, menziarahi jenazahnya adalah dakwah amaliah terhadap mereka. Sesungguhnya anda telah melakukan dakwah fardiah.... th

MUSLIM MELANGGAR KUIL - WAJIB MEMBINA SEMULA KUIL ITU :

Semalam petang sewaktu pulang dari Sekinchan saya telah menyaksikan satu kemalangan yang melibatkan sebua kereta proton wira yang terbabas di satu selekoh dan merempuh bus stand dan binaan di belakangnya. Kemalangan berlaku di kawasan banyak selekoh antara Btg berjuntai dengan Bukit Darah (Kaw. estate). Antara yang dilanggar oleh kereta tersebut ialah sebuah kuil kecil. (dari binaannya nampak sedemikian). Persoalannya, jika yang terbabas itu seorang Muslim, apakah wajib beliau mengeluarkan belanja gantirugi supaya kuil terbut boleh dibina semula?

Jawab: Sudah tentu, kerana ini menepati perintah alQur'an: (maksud) Allah tidak menegah kamu dr berbuat baik dan berlaku adil kepada mereka (org kafir) yang tidak memerangi kamu...(al Mumtahinah:8) Toleransi Islam dan keadilannya terbukti sepanjang sejarah bila Khalifah sentiasa brpesan kepada tentera Islam supaya jangan mengusik kuil, sinagog dan gereja negara-negara yang masukinya (semasa perang), misalnya Khalifah Harun al Rasyid telah membina semula gereja-gereja Koptik di Mesir yang musnah diserang oleh Kristian Rum; ini kerana masyarakat Koptik adalah warganegara Islam. (Dr Mustafa as Siba'iy, Min Rawaa'i Hadharatuna) Dengan syarat kuil itu adalah kuil yang diluluskan oleh pemerintah (bukan yang dibina secara haram), dan pihak pentadbir kuil boleh menggunakan saluran perundangan (saman civil/civil suit) untuk menuntut gantirugi daripada insuran kereta yang melanggarnya. sekian

PERMASALAHAN JUDI DAN TIKAM EKOR

Assalamualaikum Semoga netters sekelian berada dalam keadaan tenang dalam kegawatan ekonomi sekarang. Inginkan penjelasan mengenai perkara berikut : Dalam suasana masyarakat majmuk ini, perjudian berlaku seperti 4D, Toto dan seumpamanya wujud dimana-mana apatah lagi di bumi Kenyalang ini.Hampir setiap hari berdepan dengan perkara tersebut, sehinggakan daripada kita pun dia orang minta nombor.Pening kepala dibuatnya. Persoalan : a. apakah sikap yang seharusnya kita lakukan dalam hal ini.

Jawab: Kemungkaran itu sukar diubah kerana ia datang daripada pemerintah kerana kemungkaran yang berbentuk pelesenan judi hanya dapat diubah dengan mendesak pemerintah membatalkan lesennya. Merubah kerajaan yang memerintah hanya dapat dilakukan dengan cara politik atau melalui badan pendesak (NGO?) atau dengan kuasa rakyat. Bagi individu yang ada kesedaran, minima iman yang ada padanya ialah tidak meredhai suasana yang teruk itu. (Qardhawi, Fatawa Mu'asirat, vol 2 bab siasah dan pentadbiran) b.bolehkah kita makan atau minum daripada kawan kita yang ingin belanja makan sebab kena nombor. c. Bolehkah kita sama-sama menggunakan peralatan yang dibeli daripada wang nombor ekor, sebagai contoh cerek elektrik. Maklumlah sekarang ini jarang minum diluar,( ekonomi meleset) jadi wujudkan tea-conner di pejabat.

Komentar: Judi dan dosa-dosa besar yang lain adalah penyakit-penyakit masyarakat yang kronik. Bayangkanlah kalau yang berjudi itu abang atau adik kita adakah kita sanggup untuk makan hasil perjudiannya atau menggunakan peralatan yang dibeli oleh wang judinya. Apabila ia adalah penyakit masyarakat, maka individu-individu dalam masyarakat kenalah saling berusaha membenterasnya, bukan mengambil kesempatan dan turut meraikan kejayaan hasil daripada wang kemenangannya. Hukumnya haram kita makan hasil wang judinya dan menggunakan peralatan yang dibeli hasil perjudiannya.Telah dilaknat bani Israil antaranya kerana mereka tidak mencegah bila salah seorang di antara mereka melakukan kemungkaran, malah duduk minum bersamanya. (Qardhawi, Fatawa Mu'asirat) Benarkah dalam keadaan-keadaan tertentu menikam ekor akan berubah hukum dari haram ke harus? Jika benar, bolehkah TH perjelaskan keadaan-keadaan tersebut.

Jawab: Fatwa Mufti Wilayah Persekutuan (Dato Hasyim Yahya): Judi tetap haram baik dalam suasana dharurat atau biasa kerana kemelesetan hidup adalah dugaan dan ujian daripada Allah dan ia tidak termasuk dalam kaedah usyul feqah: dharurat mengharuskan yang terlarang. sekian, wslm THTL

PERTANDINGAN JUDI ATAU TIDAK?

Mazrulhisham Abd Majid wrote: Aslkm, Al-akh THTL yang dikasihi. izinkan saya mengajukan satu lagi soalan yang 'menghantui' fikiran ana. Saya pernah diajarkan bahawa istilah judi itu mempunyai 2 prasyarat : 1. Pergantungan kepada nasib sepenuhnya (a pure game of chance) 2. Pertaruhan (yang akan 'hilang' sekiranya tidak anda tidak menjadi pemenang) Apa pendapat anta tentang Sijil Simpanan Premium BSN yang dijalankan hari ini? Sungguhpun ianya memang bergantung kepada nasib, tetapi tiada unsur pertaruhan (wang pembelian sijil ini tidak akan hilang, malah mendapat dividen tahunan pula!) Adakah ia dikategorikan sebagai judi juga ? Apa pula pendapat anta tentang peraduan-peraduan cogankata yang menawarkan hadiah yang lumayan tanpa sebarang pertaruhan ? (Contoh : Pembeli yang membeli barangan bernilai lebih RM100 boleh mengisi borang dan menulis cogankata seperti Saya suka membeli belah si XXX kerana ....., dan pemenang yang terpilih layak memenangi hadiah wang tunai RM1 juta dan sebagainya) What say you ?

Jawab; Saya perturunkan petikan jawapan kepada masalah yang sama tidak lama dulu... Hadiah cabutan dan peraduan yang dianjurkan oleh syarikat-syarikat perniagaan adalah HARUS. Dalil: Ia tidak sama dengan judi kerana hadiah yang diberikan oleh syarikat-syarikat penaja datangnya daripada syarikat-syarikat yang menganjurkan, manakala pelanggan pula tidak mengalami sebarang kerugian. TETAPI jika seseorang membeli atau berurusan dengan syarikat penaja peraduan hanya berniat untuk memenangi hadiah bukannya membeli barangan dan perkhidmatan; maka hukumnya adalah syubhah yang hampir kepada haram. Fatwa Qardhawi: Walaupun saya bersetuju hukum mengambil hadiah-hadiah tersebut sebagai harus, namun aku tidak bersetuju dengan bentuk promosi yang dianjurkan oleh syarikat-syarikat Islam yang meniru cara Barat dalam melariskan jualan. Ini kerana seorang pelanggan telah membolot semua keuntungan jualan yang diambil daripada pelanggan-pelanggan yang lain. Pandangan peribadi saya, ia adalah harus kerana bagi syarikat yang menganjurkan peraduan danamp; cabutan bertuah adalah membelanjakan sebahagian daripada belanjawan promosi jualan yang tidak merugikan pelanggan apa-apa. Memang menjadi satukemestian bagi syarikat untuk memperuntukkan peruntukan yang besar untuk promosi dan pengiklanan. Jika anda menang anggaplah ia rezki yang datang dr pintu-pintu yang tidak disangka. Disamping menikmatinya, keluarkan sebahagiannya untuk kebajikan. Manakala hukum cabutan BSN. Ia agak rumit sebab berpandukan fatwa kebangsaan ia adalah halal. Namun jika kita ikuti perbahasan di atas, ia lebih hampir kepada syubhah di mana seorang dapat menikmati keuntungan yang sepatutnya dinikmati oleh kesemua pelanggan bank BSN sijil simpanan premium. Bayangkan seorang individu yang hanya memiliki 100 sijil bernilai 1000 ringgit memenangi sebuah banglo bernilai setengah juta ringgit; sedangkan ada lagi 4 juta pemegang sijil simpanan premium yang terpaksa melepaskan kadar dividen tahunan kepada hanya seorang penyimpan yang memiliki jumlah simpanan yang kecil. Duit dividen itulah yang digunakan oleh BSN untuk membeli pelbagai hadiah cabutan. BSN adalah bank yang msih beroperasi secara konvensional dan sebahagiannya beroperasi secara syari'ah..jadi inilah hujah menjadikan ia jatuh bab syubhah. Kemudian jika seseorang hanya sanya membeli sijil simpanan premium BSN untuk memenangi Merz atau rumah, maka menurut fatwa qardhawi ia jelas syubhah yang hampir kepada haram. Muslim hendaklah menjauhi sebarang bentuk cita-cita untuk kaya tanpa mengeluarkan peluh dan segala potensi dirinya. Wslm THTL KL 3 Dec 97

Bab tatarrus. dalam kitab-kitab feqah antaranya: Bab al tatarrus. Jika beberapa orang tentera Islam ditawan oleh pihak musuh dan dijadikan perisai manusia, adakah wajar menembak mereka (tentera Islam) itu dalam rangka membunuh tentera musuh dibelakangnya? Jumhur ulamak membolehkan. (petikan Imam al Ghazali dalam kitabnya: al musytasfa)

Tajuk: Fatwa: Gabungan antara Fuqaha' dan Mereka yang ahli. Jazakallah kepada akh Azhari Cairo di atas tambahan beliau terhadap isu tatarrus. Namun dalam membicarakan isu sebegini kita kena lihat dua perkara: Pertama: Kita hendak lihat isu tatarrus (menembak tentera Islam yang dijadikan perisai manusia) ini dari pandangan ulamak yang mengeluarkan hukum terhadap masalah ini; boleh atau tidak boleh. Kedua: Apa yang dihuraikan oleh Akh Azhari ialah aspek teknikalitinya yang mungkin berubah dari masa ke semasa bergantung kepada jenis pertempuran dan kecanggihan senjata yang ada pada umat itu. Aspek teknikaliti ini selalunya diputuskan oleh para intelegentsia dari kalangan militeri. Maka untuk ditetapkan sesuatu hukum keatas aspek ini selalunya adalah gabungan pakar militeri dan ulamak; atau atas nasihat daripada militeri. Apa yang releven semasa peperangan zaman dahulu; mungkin tidak sesuai lagi untuk pertempuran zaman sekarang; ada pertempuran udara; laut, gerila, udara, bom kimia, bom cluster dan sebainya. Sebab itu dalam hukum feqah; yang patut kita terangkan ialah hukum asalnya yang telah dibahaskan oleh ulamak, soal teknikaliti pelaksanaannya sentiasa berubah dan menimbulkan perdebatan yang hangat. Kita ambil contoh lain: merokok, misalnya. Pertama: Hujah ulamak mengenai merokok yang diistimbat dari pelbagai sumber. Bila hukumnya sudah jelas; maka datanglah pula pandangan para doktor pakar; kemudian pandangan pihak penguasa tempatan memberi pandangan dalam masalah penguatkuasaan larangan merokok. Inilah cara atau tertibnya... wslm THTL

Kembali ke atas